Cari:
Kerjasama dan Persefahaman Pemangkin Hubungan China-ASEAN
2013-09-02 14:35:10 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-10 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN akan diadakan di Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, China pada 3 hingga 6 September ini. Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 terjalinnya perkongsian strategik China-ASEAN. Pakar, sarjana dan pegawai dari China dan ASEAN menilai tinggi kemajuan dalam hubungan antara kedua-dua pihak dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu. Mereka turut mengemukakan banyak cadangan untuk meningkatkan lagi hubungan tersebut.

Timbalan Pengarah Institut Kajian Asia-Pasifik, Akademi Sains Sosial China, Han Feng berkata, "Melalui pembangunan selama lebih sepuluh tahun, hubungan antara China dengan ASEAN semakin mantap. Kedua-dua pihak bukan sahaja bekerjasama, tetapi juga berkongsi tanggungjawab dalam hal-ehwal serantau."

Naib Pengerusi Jawatankuasa Kerjasama Laos-China, Vichit Sindavong berkata, "ASEAN dan China perlu meningkatkan komunikasi, terutamanya pertukaran lawatan di peringkat tinggi. China diharap dapat menambah pelaburan di negara-negara ASEAN dan meningkatkan rasa saling mempercayai antara satu sama lain."

Pakar dari Institut Hubungan Antarabangsa, Akademi Diraja Kemboja, Ky Sereyvath berkata, "Disebabkan kebudayaan antara sepuluh negara ASEAN dan China berbeza-beza, komunikasi silang budaya menjadi amat penting. China dan negara-negara ASEAN perlu meningkatkan persefahaman."

Timbalan Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia, Yang Mulia Raja Nushirwan Zainal Abidin menyatakan bahawa pertukaran antara perorangan amat penting bagi meningkatkan hubungan antara ASEAN dengan China. Kedua-dua pihak perlu mencari nilai-nilai yang dikongsi bersama bagi merapatkan hubungan antara satu sama lain. Beliau berkata, "Kalau kita nak lebih rapat dengan China, kita kena memupuk kesedaran nilai bersama. Saya rasa sekarang ini, kita kena kenal pasti apakah unsur-unsur yang boleh menjadi tunjang kepada nilai bersama ini. Dan saya rasa salah satunya adalah kesederhanaan, sebab saya rasa tiada tamadun dalam kawasan kita yang tidak memberi kepentingan kepada konsep kesederhanaan ini."

Pakar dari Institut Hubungan Antarabangsa Kontemporari China, Zhang Xuegang berkata, "Terdapat pertikaian berhubung kedaulatan wilayah antara China dengan beberapa negara anggota ASEAN. China dan negara-negara terlibat patut meningkatkan konsensus, mengendalikan pertikaian tersebut secara berkesan agar pertikaian berkenaan tidak menjejaskan kerjasama antara kedua-dua pihak."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China