Presiden China, Xi Jinping mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di Saint Petersburg hari ini. Kedua-dua pemimpin bertukar-tukar pendapat mengenai hubungan dua hala serta isu-isu penting serantau dan antarabangsa. Mereka bersependapat bahawa China dan Rusia perlu terus menggalakkan kerjasama projek mega serta meningkatkan tahap kerjasama strategik isu serantau dan antarabangsa antara kedua-dua negara.