Cari:
Galak Transformasi G20 Demi Pembangunan Ekonomi Global
2013-09-05 15:45:24 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-8 Kumpulan 20 (G20) diadakan di St. Petersburg, Rusia pada 5 hingga 6 September ini. Para pemimpin entiti ekonomi utama dunia berbincang untuk mencari kaedah merapatkan kerjasama serta idea tadbir urus ekonomi global bagi mendinamikkan pertumbuhan ekonomi dunia. Sidang kali ini akan menjadi satu peristiwa yang penting dalam proses pembangunan G20.

Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi dunia masih kurang kukuh. Sementara itu, masalah dan kelemahan struktur yang tergambar melalui krisis kewangan antarabangsa juga belum selesai. G20 memikul tanggungjawab untuk meningkatkan penyelarasan dasar ekonomi makro dan menggalakkan pemulihan ekonomi dunia. G20 sedang mengalami transformasi daripada sebuah kumpulan yang menumpu pada usaha menangani krisis kepada mekanisme tadbir urus ekonomi jangka panjang. Transformasi tersebut akan merapatkan hubungan antara para anggota G20, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sejagat.

Untuk menjayakan transformasi itu, negara-negara anggota G20 perlu mengetepikan kepentingan masing-masing dan memandang ke hadapan. Pertumbuhan ekonomi dunia yang kuat, mampan dan seimbang sesuai dengan kepentingan semua negara anggota.

Bagaimana menyelaraskan percanggahan pendapat antara pelbagai negara anggota G20, khususnya percanggahan pendapat antara negara-negara maju dengan negara-negara pasaran baru muncul merupakan kunci bagi kejayaan transformasi tersebut. Percanggahan pendapat antara pelbagai negara anggota G20 mungkin semakin besar seiring dengan pelaksanaan pembaharuan sistem kewangan antarabangsa, pembinaan sistem perdagangan pelbagai hala, serta pengurusan perdagangan bebas serantau dan perubahan iklim. Para negara anggota perlu meningkatkan pembinaan mekanisme yang berkaitan, mencapai persepakatan dan menghormati perkara yang menjadi perhatian bersama bagi menjayakan tranformasi itu.

Mekanisme sedia ada G20 serta pengalaman daripada pembaharuan sistem kewangan antarabangsa yang telah dijalankan menjadi asas bagi tranformasi ini. Sidang kemuncak di St. Petersburg ini menumpukan kepada pelaburan, pembiayaan dan pembangunan jangka panjang. Keadaan ini memperlihatkan hasrat negara-negara anggota untuk membangunkan G20 sebagai platform untuk merancang pembangunan jangka panjang ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China