Pertemuan tidak rasmi pemimpin-pemimpin negara BRICS, termasuk China, Brazil, Rusia, India dan Afrika Selatan diadakan di St. Petersburg semalam.
Presiden China, Xi Jinping yang menghadiri pertemuan itu berharap negara-negara BRICS menyelaraskan tindakan bagi memastikan Sidang Kemuncak Kumpulan 20 mencapai hasil yang positif.
Beliau juga menyarankan supaya negara-negara terlibat bekerjasama menangani kesan limpahan dasar kewangan kelonggaran kuantitatif (QE) yang diamalkan oleh negara-negara maju, di samping mengekalkan dan menggalakkan keterbukaan ekonomi dunia serta menentang fahaman perlindungan perdagangan.
Para pemimpin yang turut hadir bersependapat bahawa ekonomi dunia masih menghadapi risiko dan cabaran pada masa ini. Entiti ekonomi utama, termasuk negara-negara G20 perlu memperkasakan penyelarasan dasar ekonomi makro dan bekerjasama menjana pertumbuhan ekonomi dunia yang kukuh, lestari dan seimbang.