Cari:
Kerjasama G20 Perlu Demi Keterbukaan Ekonomi Dunia
2013-09-06 15:53:42 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ke-8 Kumpulan 20 (G20) diadakan di Saint Petersburg, Rusia semalam. Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucapan dalam sidang tersebut menggesa negara-negara G20 bekerjasama mengekalkan dan menggalakkan keterbukaan ekonomi dunia. Beliau menyatakan bahawa China akan terus mengintensifkan pembaharuan, dan meneruskan strategi pintu terbuka yang menang-menang. China mampu mewujudkan pembangunan ekonomi yang mampan dan sihat.

Pada masa ini, pertumbuhan ekonomi dunia masih kurang kukuh. Masalah dan kelemahan struktur yang tergambar melalui krisis kewangan antarabangsa juga belum selesai ditangani. Memandangkan keadaan ini, pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan menjadi fokus sidang kemuncak kali ini. Para pemimpin berbincang secara terbuka mengenai situasi ekonomi, perdagangan, pembangunan dan pembaharuan sistem kewangan antarabangsa. Menurut mereka, pemulihan ekonomi dunia sedang berada pada tahap kritikal. Maka, para anggota G20 perlu meningkatkan penyelarasan dasar dan kerjasama, serta memelihara kestabilan pasaran kewangan global.

Presiden Xi menyeru negara-negara terbabit supaya membentuk inovasi pembangunan negara untuk mewujudkan rangkaian faedah ekonomi global yang saling melengkapi. Menurutnya, inovasi merupakan syarat untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi dunia yang mampan. Negara-negara yang berkenaan perlu berusaha untuk meningkatkan kualiti dan keberkesanan pertumbuhan ekonomi, serta meningkatkan daya saing melalui pembaharuan struktur. Selain itu, setiap negara seharusnya mengambil kira kepentingan negara lain ketika mengejar kepentingan sendiri. Melalui usaha mengintegrasikan kepentingan semua negara maka pertumbuhan ekonomi dunia yang seimbang boleh dicapai. Negara-negara terlibat perlu membentuk rantaian nilai global yang dapat mengongsi kepentingan berkaitan demi mewujudkan pembangunan yang menang-menang.

Xi menegaskan bahawa negara anggota G20 perlu merapatkan perkongsian ekonomi dan memikul tanggungjawab yang sewajarnya. Beliau turut mengemukakan tiga cadangan bagi mencapai matlamat tersebut. Pertama, mengamalkan dasar ekonomi makro yang bertanggungjawab. Kedua, bersama-sama mengekalkan dan menggalakkan keterbukaan ekonomi dunia, termasuk menentang fahaman perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk serta memelihara sistem perdagangan pelbagai hala yang bebas, terbuka dan tidak berdiskriminasi. Dan ketiga, memperbaiki tadbir urus ekonomi global agar sistem itu lebih saksama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China