Cari:
Masyarakat Antarabangsa Pandang Positif Perkembangan Ekonomi China
2013-09-11 14:24:44 CRI Cetak

Statistik ekonomi China pada bulan Ogos menunjukkan perkembangan yang positif ekonomi negara ini. Ini termasuk indeks eksport, pelaburan, penggunaan dan pertumbuhan industri yang memperlihatkan trend meningkat. Sehubungan dengan itu, sarjana dari pelbagai negara menganggap bahawa statistik itu menunjukkan pemulihan ekonomi China pada masa ini, dan yakin akan prospek pembangunan ekonomi China yang sihat dan stabil.

Penganlisis ekonomi dari Bank Berenberg Jerman, Robert Wood berkata, statistik terkini ekonomi China memberangsangkan. Hal ini sekali gus memperlihatkan pemulihan ekonomi negara itu dari awal tahun ini. Selain itu, kadar inflasi yang rendah juga dianggap membantu meningkatkan daya perbelanjaan pengguna domestik.

Naib Penyelidik Institut Ekonomi Antarabangsa Peterson AS(PIIE), Nicholas Borst berkata, berdasarkan statistik terkini ekonomi China mula stabil pada bulan Ogos. Menurut beliau, walaupun beberapa negara ekonomi baharu muncul kini mengalami pergolakan di pasaran kewangan mereka sejak kebelakangan ini, namun ekonomi China telah menunjukkan tanda yang amat positif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China