Cari:
Mesyuarat ke-13 Majlis Ketua Negara SCO
2013-09-13 14:39:19 CRI Cetak
Mesyuarat ke-13 Majlis Ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan hari ini. Presiden China Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari negara anggota pertubuhan itu yang lain bersama-sama menghadiri mesyuarat itu.

Tujuan utama mesyuarat tersebut adalah untuk membincangkan dan menetapkan langkah-langkah bagi mengeratkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara pelbagai negara anggota serta bertukar-tukar pendapat bagi menyelaraskan pendirian tentang isu antarabangsa dan serantau yang penting.

Xi Jinping akan membentangkan usul China untuk mengintensifkan hubungan persahabatan dan kerjasama pragmatik antara negara anggota.

Dalam mesyuarat itu juga, para pemimpin akan menandatangani dan mengumumkan Perisytiharan Bishkek dan mengesahkan Pelan Pelaksanaan Kerjasama dan Persahabatan Berjiran Baik Jangka Masa Panjang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China