Mesyuarat ke-13 Majlis Ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) berakhir di Bishkek, ibu negara Kyrgyzstan petang semalam.
Dalam sidang kemuncak kali ini, pemimpin-pemimpin negara anggota SCO menggariskan pelan perkembangan bagi pertubuhan tersebut. Sidang kali ini mendapat hasil yang memuaskan dalam bidang politik, ekonomi, keselamatan, kebudayaan dan sosialbudaya. Masalah keselamatan merupakan cabaran bersama bagi SCO. Pemimpin-pemimpin negara SCO mencapai kata sepakat bahawa pertubuhan tersebut akan terus berusaha untuk meningkatkan pembanterasan terhadap pengganas. Keadaan Afghanistan berkaitan rapat dengan kestabilan rantau ini, oleh itu, SCO perlu membantu negara tersebut mewujudkan keamanan.
Selain isu kerjasama keselamatan, SCO juga berpendapat bahawa, ekonomi merupakan asas penting bagi kerjasama pertubuhan tersebut. Oleh itu, SCO akan terus meningkatkan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan. Selain itu, bank pembangunan SCO dicadangkan ditubuhkan demi projek pembiayaan yang berkaitan dengan kepentingan bersama negara anggota SCO.








