Sidang Kemuncak Usahawan Muslim Antarabangsa anjuran kerajaan Wilayah Autonomi Hui Ningxia dirasmikan di Yinchuan semalam.
Wakil-wakil dewan perniagaan, pertubuhan Islam, pertubuhan kerajaan dan usahawan dari 37 buah negara termasuk Malaysia, Singapura, AS, Perancis, Rok dan Rusia telah menyertai sidang tersebut. Para pesereta mengadakan perbincangan mengenai isu perdagangan dan pelaburan di kawasan Muslim di China serta topik kerjasama dan pelaburan syarikat antarabangsa Muslim terhadap kawasan bebas tarif komprehensif Yinchuan.








