Menteri Luar China, Wang Yi bermesyuarat dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry di Washington semalam.
Menurut Wang Yi, membangunkan hubungan negara gergasi baru merupakan pilihan strategik China dan AS memandangkan keadaan sejagar, negara dan hubungan bilateral yang mempunyai ruang dan potensi pembangunan besar. Hal yang penting adalah kedua-dua pihak sepatutnya secepat mungkin mendorong dan melaksanakannya dengan tindakan dan kerjasama konkrit. Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat berhubung pertukaran lawatan peringkat tinggi, penanganan isu-isu sensitif dan pendorongan kerjasama dalam pelbagai bidang.