Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan badan antarabangsa yang paling berwibawa. China menyokong peranan pertubuhan itu dalam usaha memelihara kedamaian dan perkembangan dunia.
Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi ketika menemui Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon di New York semalam.
Menyentuh tentang isu senjata kimia Syria, Wang Yi menyatakan, Majlis Keselamatan perlu mengabaikan perselisihan, mencapai sepersetujuan dan menyokong Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) segera memulakan proses memeriksa dan menghancurkan senjata kimia milik Syria secara objektif, saksama dan profesional. China bersedia menyertai kerja yang berkaitan.
Berhubung dengan isu pembangunan, Wang Yi mengatakan, China berharap agar pelbagai pihak dapat mempercepat proses pelaksanaan Matlamat Pembangunan Milenium dan menggubal peta garisan pembangunan pada tahun 2015.