Menteri Luar China, Wang Yi ketika menyampaikan ucapan dalam perbahasan umum Perhimpunan Agung PBB membentangkan konsep pembangunan kerajaan China yang baharu.
Menurutnya, China berjanji akan terus mengekalkan pembangunan secara damai dan melaksanakan dasar pembaharuan dan pintu terbuka supaya mewujudkan pembangunan berterusan. Kerajaan China mengamalkan dasar ekonomi makro yang mempertimbangkan situasi semasa ini dan jangka masa panjang, dan mengambil siri tindakan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi, menyusun semula struktur ekonomi dan menggalakkan pembaharuan. Pembangunan China pasti akan mendinamikkan pertumbuhan ekonomi dunia dan memberikan manfaat kepada rakyat pelbagai negara.