Cari:
Lawatan Presiden Xi Tingkatkan Hubungan China-Malaysia ke Tahap Lebih Tinggi
2013-10-01 14:35:24 CRI Cetak

Atas undangan Yang di-Pertuan Agong Malaysia Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, Presiden China, Xi Jinping akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada 3 Oktober nanti. Duta Besar China di Malaysia, Chai Xi menyifaktkan lawatan kali ini sebagai pemangkin kepada hubungan China-Malaysia untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Duta Besar China di Malaysia, Chai Xi

Chai Xi dalam sidang media semalam berkata, lawatan pertama Presiden Xi ke Asia Tenggara kali ini memperlihatkan pucuk pimpinan baharu China menaruh perhatian terhadap perkembangan hubungan dengan Malaysia. Kata beliau: "China dan Malaysia menjalin hubungan kerjasama strategik pada tahun 2004. Tahun depan merupakan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia. Kedua-dua negara ini meningkatkan rasa saling mempercayai dalam bidang politik, di samping mencapai hasil kerjasama yang memuaskan dalam pelbagai bidang lain, termasuk ekonomi dan perdagangan, keselamatan, penguatkuasaan undang-undang, pertahanan, sosiobudaya serta sains dan teknologi. Kini, hubungan bilateral berada pada fasa yang baharu."

Sebagai rakan dagangan terbesar bagi China di ASEAN , Malaysia memainkan peranan penting bagi memulakan dialog antara China dengan rantau itu. Chai Xi mengatakan, beliau menyaksikan perkembangan perdagangan yang pesat antara kedua-dua negara sejak beliau menyandang jawatan sebagai Duta Besar selama tiga tahun. Beliau yakin, lawatan Presiden Xi ini pasti akan memperkasakan lagi kerjasama China-Malaysia dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Menurutnya: "Jumlah perdagangan China-Malaysia hanya sebanyak USD 52 bilion pada tahun 2009. Namun angka itu meningkat kepada USD 94.8 bilion pada tahun lepas. Malaysia merupakan rakan dagangan ketiga terbesar bagi China di Asia selepas Jepun dan Republik Korea. Menjelang penghujung tahun ini, jumlah perdagangan dijangka mencecah USD 100 bilion. Lawatan Xi kali ini disasarkan kepada peningkatan hubungan perdagangan China-Malaysia, baik dari segi kuantiti mahupun kualiti."

Chai Xi menganggap lawatan Xi kali ini merupakan satu kegiatan diplomatik yang mustahak bagi China memperkukuh lagi hubungan persahabatan dengan negara-negara jirannya, sekali gus mendorong kerjasama di rantau Asia Pasifik. Katanya: "Tujuan lawatan Xi kali ini adalah untuk meningkatkan persefahaman antara China dengan Malaysia, mempererat hubungan bilateral dan mendorong kerjasama pragmatik. Pemimpin kedua-dua negara akan mengenang kembali dan membuat kesimpulan tentang pengalaman perkembangan, menggariskan hala tuju pembangunan pada masa depan dan menggubal pelan kerajasama dalam pelbagai bidang. Hubungan China-Malaysia yang mempunyai asas yang kukuh pasti akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi pada hari kelak."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China