Cari:
Kedutaan dan Konsulat China di Luar Negara Sambut Hari Kebangsaan
2013-10-01 14:40:38 CRI Cetak

Beberapa kedutaan dan konsulat China di luar negara mengadakan majlis jamuan untuk menyambut Hari Kebangsaan China.

Kedutaan Besar China di Pakistan mengadakan majlis jamuan di Islamabad semalam. Duta Besar China, Sun Weidong dalam ucapannya menyampaikan rasa simpati kepada mangsa-mangsa yang ditimpa gempa bumi di Balochistan baru-baru ini. Presiden Pakistan, Mamnoon Hussain dalam majlis itu menyatakan, pembangunan China dalam tempoh 64 tahun yang lalu memperlihatkan kebijaksanaan pucuk pimpinan dan rakyat negara itu. Beliau meluahkan rasa gembira terhadap kejayaan cemerlang yang dicapai oleh China dan menyokong China dalam usaha pemeliharaan kedamaian serantau dan sejagat.

Pada hari yang sama, majlis jamuan sempena Hari Kebangsaan China juga diadakan di Thailand, Laos, India, Lubnan, Perancis dan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China