Sidang dialog peringkat tinggi pemudahan pengangkutan APEC telah berakhir di Bali, Indonesia semalam. Sidang tersebut diadakan untuk mengurangkan sekatan pengangkutan antara anggota APEC sehingga mendorong pembangunan industri pelancongan serantau.
Menurut sebuah laporan yang diumumkan oleh Pertubuhan Pelancongan Sedunia (UNWTO), dijangka 21% pelancong antarabangsa yang melawat ke kawasan ini perlu mendapat visa terlebih dahulu pada tahun 2014 hingga 2016. Jadi, sekiranya mereka mendapat visa dengan lebih mudah, peluang kerja sebanyak 2.6 juta dan pendapatan sebanyak USD 89 bilion akan disediakan kepada entiti ekonomi anggota APEC menjelang 2016.