Cari:
Kebimbangan Jepun terhadap Aktiviti Maritim China Tidak Berasas
2013-10-06 15:26:06 CRI Cetak

Kebebasan pelayaran dan keselamatan maritim di rantau Asia Pasifik tidak menghadapi masalah. Kerajaan China yang aktif menyertai kerjasama keselamatan maritim serantau, tetap berpegang kepada pendirian bahawa keselamatan maritim semua negara patut dijamin. Tindakan membesar-besarkan isu keselamatan maritim berkenaan tidak bermanfaat bagi usaha jitu untuk memelihara kebebasan dan keselamatan pelayaran.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang hari ini ketika mengulas kenyataan Menteri Luar Jepun, Fumio Kashida mengenai keselamatan maritim dan kebimbangan negara itu terhadap aktiviti maritim China dalam majlis sarapan tidak rasmi Menteri Luar anggota Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) semalam.

Menurut beliau, Naib Menteri Luar China, Li Baodong telah menegaskan, APEC sebagai forum kerjasama ekonomi dan perdagangan komited mengekalkan tradisi tidak membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan politik dan pertikaian sensitif. Sesetengah negara membesar-besarkan topik ini hanya untuk tujuan politik sendiri dan tidak mungkin mendapat sokongan para peserta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China