Cari:
Barat Campur Tangan Isu Laut China Selatan
2013-10-07 14:21:13 CRI Cetak

Amerika Syarikat, Jepun dan Australia yang berhubungan sekutu, tidak sepatutnya campur tangan pertikaian kedaulatan negara lain. Kalau mereka campur tangan, isu berkenaan hanya akan bertambah rumit dan menjejaskan kepentingan pihak-pihak terbabit.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying hari ini berhubung Menteri Luar ketiga-tiga negara tersebut mengeluarkan kenyataan bersama tentang isu Laut Timur dan Laut China Selatan dalam Dialog Strategik Tiga Hala ke-5 dalam tempoh Sidang Peringkat Menteri APEC di Bali, Indonesia.

Hua Chunying menyeru negara terbabit menghormati fakta sejarah, menjelaskan mana yang betul dan mana yang salah, menghentikan ucapan dan tindakan yang tidak bermanfaat bagi penyelesaian masalah dan keamanan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China