Cari:
Xi Jinping Temui Park Geun-hye
2013-10-07 14:12:43 CRI Cetak

Presiden China Xi Jinping menemui Presiden Republik Korea (ROK), Park Geun-hye di Bali, Indonesia hari ini.

Xi Jinping berkata, berdasarkan prinsip saling menghormati dan menguntungkan, China bersedia bersama ROK meningkatkan persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara dan bersama menggalakkan kedamaian dan pembangunan serantau.

Park Geun-hye berkata, ROK berharap mengekalkan komunikasi peringkat tinggi kedua-dua negara, meningkatkan kerjasama pelbagai bidang, berusaha menyelesaikan rundingan Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) dua hala secepat mungkin, menggalakkan pertukaran budaya dan meningkatkan kerjasama dalam menangani hal-ehwal serantau dan antarabangsa. Selain itu, ROK menyokong China menjadi tuan rumah Persidangan Tidak Rasmi Pemimpin APEC pada tahun depan.

Pemimpin kedua-dua negara juga merunding tentang situasi Semenanjung Korea. Park mengucapkan terima kasih kepada China atas usaha negara ini dalam menggalakkan peningkatan hubungan ROK dengan Korea Utara dan memainkan peranan yang bersifat membina bagi mewujud Semenanjung Korea bebas dari senjata nuklear.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China