Cari:
Presiden Xi Temui Putin
2013-10-08 16:38:34 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Vladimir Putin di luar Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Bali semalam.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pendapat mengenai perkongsian kerjasama strategik komprehensif China-Rusia serta isu-isu lain yang menjadi tumpuan bersama dalam suasana mesra.

Presiden Xi berkata, ini merupakan pertemuan kelima beliau dengan Presiden Putin pada tahun ini, yang turut mencerminkan keistimewaan hubungan China-Rusia. Kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama yang meluas di Asia Pasifik. China bersedia meningkatkan penyelarasan dan kerjasama dengan Rusia bagi memelihara keselamatan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.

Putin menyatakan bahawa beliau bersedia mengekalkan persahabatan dan pertukaran erat dengan Presiden Xi untuk mempertingkatkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang termasuk sumber tenaga dan infrastruktur, selain memperkasakan komunikasi dan penyelarasan dalam hal-ehwal antarabangsa.

Kedua-dua pemimpin juga menyatakan akan menggalakkan pelaksanaan pelbagai persepakatan dan perjanjian kerjasama yang telah dicapai sebelum ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China