Cari:
Li Keqiang Ditemui Sultan Brunei
2013-10-11 14:25:14 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Perdana Menteri Li Keqiang ditemui Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan kerabat diraja di Istana Brunei semalam.

Li menyanjung tinggi sumbangan keluarga diraja Brunei untuk menggalakkan hubungan China-Brunei dan berharap lawatan ini dapat mempergiat kerjasama strategik dan hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Brunei yang berjaya menganjurkan sidang pemimpin Asia Timur dan sumbangan Brunei dalam mempertingkat hubungan China-ASEAN sebagai negara pengerusi bergilir ASEAN. Beliau berkata, China bersedia meningkatkan komunikasi dan kerjasama dengan Brunei, serta bersama-sama menggalakkan kemakmuran dan kestabilan serantau.

Sultan Hassanal Bolkiah bertitah, pembangunan China bukan sahaja memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, malah rakyat serantau. Brunei bersedia bekerjasama untuk menggalakkan hubungan Brunei-China dan ASEAN-China terus berkembang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China