Cari:
Hasil Sidang Kemuncak Asia Timur
2013-10-11 15:07:20 CRI Cetak

Sidang Kemuncak ASEAN ke-23 dan siri Sidang Kemuncak Asia Timur ke-8 berakhir di Bandar Seri Begawan, Brunei semalam. Dalam tempoh persidangan selama dua hari itu, pemimpin-pemimpin dari sepuluh negara anggota ASEAN serta China, AS, Jepun, Republik Korea (RoK), India, Australia dan New Zealand telah berbincang dengan mendalam mengenai pembangunan ASEAN pada masa depan serta hubungan luar ASEAN. Selaku wakil negara pengerusi bergilir ASEAN, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melahirkan rasa puas hati baginda terhadap hasil kerjasama China dengan ASEAN, dan juga mengalu-alukan cadangan Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam persidangan-persidangan tersebut. Menurut baginda,

(rakaman 1)

"Negara-negara ASEAN mengalu-alukan kehadiran Perdana Menteri China Li Keqiang yang pertama kali dalam Sidang Kemuncak China-ASEAN. Kedua-dua pihak kami berpuas hati terhadap kerjasama China-ASEAN yang meluas dalam pelbagai bidang, dan juga bersama-sama menyambut ulang tahun ke-10 hubungan rakan strategik China-ASEAN. Kami juga bersetuju untuk terus berunding bagi penggubalan Kod Tatalaku Pelbagai Pihak di Laut China Selatan (COC) demi menjamin kestabilan dan keamanan serantau."

Baginda juga memuji kemajuan yang dicapai dalam proses pembinaan Komuniti ASEAN,

(rakaman 2)

"Pemimpin ASEAN memahami cabaran dalam proses integrasi ekonomi serantau dan kesannya terhadap kehidupan rakyat. Sejajar dengan pembangunan ekonomi yang berterusan, rantau ini menghadapi masalah seperti jurang perbezaan pendapatan yang semakin besar antara penduduk di bandar dan luar bandar. Selain itu, persekitaran yang tidak berhenti-henti berubah dan persaingan untuk mendapatkan sumber juga menjadi cabaran kepada proses tersebut."

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Sidang Kemuncak tersebut, negara anggota ASEAN sebulat suara bersetuju menerima Deklarasi Bandar Seri Begawan untuk Komuniti ASEAN Pasca 2015 sebagai rancangan pembangunan jangka panjang selepas komuniti tersebut siap dibina. Sultan Hassanal Bolkiah bertitah,

(rakaman 3)

"Pemimpin-pemimpin negara anggota ASEAN berharap agar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ASEAN dapat meningkat daripada USD 2.23 trilion sekarang kepada USD 4.4 trilion menjelang tahun 2030. Populasi penduduk miskin yang kini menduduki 18.6% akan diturunkan kepada 9.3%. Oleh itu, para pemimpin ASEAN seharusnya mengarahkan badan berkenaan untuk membuat penilaian terhadap cabaran pada masa depan dan kemudiannya memberikan nasihat demi menangani cabaran tersebut serta menetapkan matlamat jangka panjang untuk perkembangan selepas tahun 2015."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China