
Presiden IAC, Imam Chen Guangyuan mengalu-alukan kedatangan para tetamu.
Persatuan Islam China (IAC) mengadakan jamuan makan malam pada hari Isnin lepas sempena Hari Raya Aidiladha. Antara tetamu kehormat yang menghadiri jamuan ini termasuk Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong; Ketua Kor Diplomatik Arab, Abdullah Salleh; wakil kedutaan dan wakil Persatuan Orang Islam yang Bekerja di Beijing. Turut hadir, tetamu dari seluruh China serta saudara muslim dari pelbagai negara yang bekerja dan menetap di Beijing, termasuk pakar asing yang beragama Islam dari Radio Antarabangsa China (CRI).









