China dan Australia perlu bekerjasama mendorong rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) mencapai kemajuan secepat mungkin.
Demikian dinyatakan oleh Presiden Xi Jinping dalam pertemuan dengan Gabenor Jeneral Australia, Quentin Bryce di Beijing semalam.
Xi berharap kedua-dua negara proaktif meluaskan kerjasama dalam bidang-bidang yang baharu termasuk sumber tenaga, pembinaan infrastruktur, perkhidmatan kewangan serta penjimatan tenaga dan perlindungan alam sekitar. Di samping itu, kedua-dua negara juga diharap mempertingkatkan pertukaran dan kerjasama dalam bidang pendidikan, pelancongan serta sains dan teknologi.
Dalam pada itu, Bryce berkata bahawa China merupakan rakan kerjasama yang penting bagi Australia. Pihaknya bersedia memperluas kerjasama saling menguntungkan yang berorientasikan kelebihan masing-masing dengan China, di samping merapatkan pertukaran sosiobudaya serta komunikasi dan penyelarasan dalam hal-ehwal antarabangsa dan serantau.








