Berdasarkan laporan Jabatan Statistik Negara, sejak pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka pada tahun 1979, kelajuan pertumbuhan purata ekonomi China mencatat 9.8% dalam tempoh 35 tahun lalu, manakala kadar purata dunia hanya mencatat 2.8%.
Jumlah ekonomi China menduduki tempat ke-10 di dunia pada tahun 1978, menempati 1.8% daripada jumlah ekonomi global. Pada tahun 2010, China telah menjadi entiti ekonomi yang kedua terbesar di dunia dan jumlah ekonomi China menempati 11.5% daripada jumlah ekonomi di dunia pada tahun 2012. Sejak krisis kewangan antarabangsa tercetus, China menjadi enjin utama bagi merangsang pemulihan ekonomi global.
Menurut data statistik Bank Dunia, pendapatan purata penduduk China meningkat daripada USD190 pada tahun 1978 kepada USD5680 pada tahun 2012. Prestasi pertumbuhan China cemerlang dalam tempoh 35 tahun sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka.