Pembaharuan ekonomi merupakan kunci bagi memperincikan pembaharuan secara menyeluruh. Isu terasnya adalah bagaimana menguruskan secara baik hubungan antara kerajaan dengan pasaran, dan membolehkan pasaran memainkan peranan muktamad dalam penguntukan sumber manakala kerajaan menjalankan peranan yang lebih baik.
Demikian yang terkandung dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebelum Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 Parti Komunis China (PKC) berakhir semalam.
Menurut kenyataan itu, matlamat pembaharuan tersebut adalah untuk menyempurnakan sistem sosialisme yang bercirikan China di samping meningkatkan pemodenan sistem dan kemampuan tadbir urus negara.
Kerajaan pusat juga memutuskan untuk menubuhkan satu kumpulan khas untuk mengetuai pembaharuan berkenaan.