Cari:
China Longgar Dasar Satu Anak
2013-11-16 16:12:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China akan melonggarkan dasar satu anak yang dilaksanakan mulai tahun 1978, bagi membenarkan pasangan memiliki dua anak jika salah seorang daripada mereka ialah anak tunggal.

Demikian menurut keputusan Parti Komunis China (PKC) semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan selepas Sidang Pleno ke-3 Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC yang berlangsung pada 9 hingga 12 November lepas, China akan melaksanakan dasar baharu tersebut di samping mengekalkan dasar perancangan keluarga.

Kenyataan itu berkata, dasar kelahiran akan diubahsuai dan diperbaiki secara berperingkat bagi menggalakkan perkembangan populasi yang seimbang dalam jangka panjang.

Pegawai Suruhanjaya Kesihatan dan Perancangan Keluarga Negara China berkata, pelonggaran dasar tersebut akan membolehkan kadar kelahiran China kekal pada tahap yang stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China