Dua letupan bom berlaku secara berturut-turut berhampiran Kedutaan Besar Iran di Lubnan pada pukul 7 malam semalam waktu tempatan dan mengakibatkan 23 orang mati, lebih 150 orang lagi cedera. Abdullah Azzam, cawangan kumpulan Al-Qaedah mengaku bertanggungjawab terhadap dua kes tersebut dan menyatakan bahawa tujuan serangan ini adalah untuk memberi tekanan kepada Parti Hezbollah agar mengundurkan tenteranya dari Syria.