Cari:
Li Keqiang: Hasil Kerjasama China-Eropah Dikongsi Rakyat
2013-11-23 16:09:57 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menyiarkan rencana yang bertajuk "China dan Eropah akan Menikmati Keuntungan daripada Hubungan Rakan yang Lebih Erat" dalam akhar The Telegraf Britain semalam.

Dalam artikel itu, Li menyeru agar China dan Eropah memanfaatkan peluang agar hasil kerjasama dapat dikongsi rakyat. Menurut beliau, pemulihan ekonomi dunia menghadapi kesukaran dan cabaran. Dalam konteks ini, sikap berganting bahu dan bantu-membantu diperlukan untuk mengatasi cabaran tersebut. Di samping itu, setiap negara perlu menangani urusan sendiri dengan baik.

Li Keqiang dalam rencana itu menyatakan bahawa kewujudan pemodenan di China akan menyediakan peluang kerjasama yang saling menguntungkan dan mewujudkan situasi menang-menang yang bersifat sejarah kepada populasi lebih 2 bilion di China dan negara-negara Eropah termasuk Britain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China