Cari:
Malaysia Bantah Pengintipan Australia Atas Bantuan Singapura
2013-11-27 15:41:25 CRI Cetak

Selepas skandal Australia mengintip panggilan telefon presiden Indonesia yang mengakibatkan hubungan antara kedua-dua negara terjejas, media menyiarkan pula baru-baru ini, Singapura telah membantu AS dan Australia mengintip telefon pemimpin negara Malaysia. Kerajaan Malaysia memandang serius isu tersebut, dan dengan segera memanggil diplomat Singapura untuk memberikan penjelasan.

Menurut Sydney Morning Herald Australia, peta sulit Agensi Keselamatan Negara (NSA) menunjukkan bahawa AS dan badan perisik lain di 20 lokasi di seluruh dunia menjalankan pengintipan dengan menggunakan kabel optik gentian laju. Pihak-pihak yang terbabit termasuk AS, Britain, Australia, Kanada dan New Zealand. Manakala, Singapura dianggap rakan "pihak ketiga" yang terpenting bagi lima negara tersebut. Sejak tahun 1970-an, Malaysia dan Indonesia sentiasa menjadi sasaran yang penting bagi mereka.

Menteri Luar Malaysia, Dato' Sri Anifah Aman berkata pada 25 November lalu, pihaknya memandang serius laporan itu. Jikalau laporan itu dibuktikan benar, Malaysia membantah tegas kelakuan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata, Singapura perlu mengemukakan bukti yang menunjukkan negara itu tidak terlibat dalam skandal kali ini.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar Malaysia, Datuk Othman Hashim semalam memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Ong Keng Yong dan menuntut beliau memberi penjelasan berhubung dakwaan kegiatan pengintipan Singapura terhadap Malaysia.

Dato' Sri Anifah Aman menyatakan malam tadi, kelakuan seumpama itu tidak patut berlaku antara Malaysia dengan Singapura, yang merupakan rakan dan jiran yang saling menguntungkan.

Ong Keng Yong berkata, Singapura amat mementingkan hubungan dengan Malaysia, dan tidak berniat untuk menjejaskan hubungan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China