Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Tashkent, Uzbekistan semalam untuk menghadiri Mesyuarat ke-12 Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).
Dalam tempoh tersebut, Li akan membentangkan dasar dan cadangan China memperhebat kerjasama pragmatik, bertukar-tukar pendapat bagi memperkasakan pembangunan negara anggota dan menggalakkan keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau. Li juga akan menemui Presiden Uzbekistan, Abduganiyevich Karimov dan Perdana Menteri, Shavkat Mirziyoyev.