Cari:
China dan Uzbekistan Dorong Hubungan Strategik ke Tahap Baru
2013-11-29 10:18:37 CRI Cetak

China bersedia mendorong hubungan rakan strategik dengan Uzbekistan ke tahap yang baru. Demikian dinyatakan Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika beliau menemui Presiden Uzbekistan, Abduganiyevich Karimov semalam.

Menurut Li, pencapaian antara satu sama lain berasaskan hubungan saling mempercayai. Kerjasama kedua-dua pihak adalah sama rata, menang-menang tanpa sebarang prasyarat. Beliau menyeru kedua-dua negara saling melengkapi, mempertingkat kerjasama sumber tenaga dan mendorong pembangunan kerjasama pelbagai bidang secara menyeluruh.

Menurut Karimov, Uzbekistan dan Asia Tengah mengalu-alukan prinsip kerjasama yang selalu diamalkan di China. Pihaknya bersedia memperkasakan kerjasama dan menyejahterakan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China