Cari:
China dan Uzbekistan Dorong Kerjasama Pragmatik dalam Pelbagai Bidang
2013-11-29 16:29:32 CRI Cetak

China dan Uzbekistan perlu menggalakkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang. Demikian kata Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menemui rakan sejawatnya dari Uzbekistan, Shavkat Mirziyaev hari ini.

Li berkata, kedua-dua negara perlu meningkatkan skala dan taraf perdagangan dan pelaburan, menyediakan sokongan dan kemudahan yang lebih fleksibel dalam pelaburan serta pertukaran sumber manusia, memperhebat kerjasama kewangan, pertanian dan kesalinghubungan infrastruktur seperti landasan kereta api dan lebuh raya. Selain itu, negara berkenaan perlu mengekalkan kestabilan kerjasama sumber tenaga dalam jangka panjang dan memperluas bidang kerjasama tenaga baru.

Li menambah, China dan Uzbekistan perlu secepat mungkin membentuk sistem keamanan bagi membanteras kumpulan pemisah Turkistan Timur dan memelihara keamanan, kestabilan dan kesentosaan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China