Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui rakan sejawatnya dari Kirghizstan, Jantoro Satibaldiev, Perdana Menteri Kazakhstan, Serik Akhmetov dan PM Tajikistan, Kohir Rasulzoda.
Dalam pertemuan dengan Satibaldiev, Li berkata, China bersedia memperkasakan kerjasama dalam bidang tenaga, infrastruktur pengangkutan dan penternakan. Satibaldiev mengalu-alukan kedatangan pelabur China dan menyatakan kesediaan bekerjasama dengan China untuk membanteras "tiga kuasa", iaitu kuasa pemisah, pelampau dan pengganas".