Li menambah, SCO perlu melaksanakan kata sepakat yang tercapai dalam Sidang Kemuncak Bishkek pada September lalu, mengambil inisiatif dalam usaha mewujudkan persekitaran pembangunan yang selamat, mudah, menang-menang dan hijau dan mendorong pembangunan serantau serta menyejahterakan rakyat. Beliau mengemukakan enam cadangan. Pertama, memperkasakan kerjasama keselamatan. Kedua, mempercepat kesalinghubungan lebuh raya. Ketiga, menggalakkan kemudahan perdagangan dan pelaburan. Keempat, mengintensif kerjasama kewangan. Kelima, mendorong kerjasama ekologi dan tenaga. Dan keenam, memperluas pertukaran sosiobudaya.