Sidang ke-12 Peringkat Perdana Menteri Negara Anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dirasmikan di Tashkent, Uzbekistan semalam. Para hadirin mencapai kata sepakat tentang kerjasama ekonomi, perdagangan dan kemanusiaan.
Negara anggota SCO akan terus memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kewangan, perbankan, sains dan teknologi (IT), inovasi, pengangkutan, pertanian serta sumber tenaga alternatif.
Ketika menyebut tentang aspek pengangkutan, para perdana menteri bersetuju mengutamakan pembangunan projek Koridor Pengangkutan Antarabangsa demi memudahkan pengedaran komoditi serantau dan merangsang pelaburan.
Para hadirin juga menyokong usaha mengukuhan hubungan pelbagai hala dan bilateral dalam bidang kebudayaan, pendidikan, perubatan, sukan, pelancongan dan lain-lain.