Alat peninjau bulan Chang'e 3 akan dilancarkan pada awal pagi 2 Disember nanti. Kerja mengisikan bahan api ke dalam roket pembawa "Changzheng-3B" dimulakan hari ini.
Pereka bentuk sistem roket pembawa, Jiang Jie menyatakan bahawa teknologi roket Changzheng yang digunakan pada masa ini mencapai tahap dunia. Kini, kerja mengkaji roket generasi baharu sedang dilaksanakan.
Dimaklumkan, bahan bakar untuk pendorong yang tidak beracun dan disifatkan tanpa pencemaran akan digunakan dalam pembuatan roket baharu di China. Selain itu, kemampuan pengangkutan roket baharu buatan China juga dijangka meningkat dengan nyata berbanding roket-roket pembawa yang dahulu.