Dua buah syarikat penerbangan Amerika Syarikat (AS), iaitu American Airlines dan Delta Airlines telah melaporkan rancangan penerbangannya di Zon Pengenalan Pertahanan Udara (ADIZ) Laut China Timur dalam minggu yang lalu.
Tindakan tersebut selaras dengan panduan yang diumumkan Jabatan Negara AS. Menurut panduan tersebut, kerajaan AS berharap syarikat penerbangan domestik menaati pengumuman negara asing, namun ini tidak bererti pihaknya menerima operasi ADIZ itu.
Sebelum ini, pegawai AS mencadang berbuat demikian untuk memastikan keselamatan penumpang terjamin.