Alat peninjau bulan Chang'e 3 akan dilancarkan di Pusat Pelancaran Satelit Xichang di bahagian barat China pada waktu 1.30 esok. Kini, pelbagai pihak yang terlibat dalam program ini sudah bersiap sedia.
Dimaklumkan, Pusat Pengendalian Penerbangan Angkasa Lepas Beijing dijadikan sebagai ibu pejabat untuk urusan penyelarasan, pengawalan orbit, pengurusan data dan lain-lain.
Terdapat dua buah stesen angkasa lepas jarak jauh yang baru dibangunkan di bandar Kashi di bahagian barat, dan bandar Jiamusi di bahagain utara China juga akan beroperasi untuk tugas peninjauan dan pengendalian.