Alat peninjau Chang'e-3 berjaya dilancarkan dan memasuki orbit dengan tepat. Ini menandakan Chang'e-3 mengayun langkah penting untuk mendarat di permukaan bulan. Demikian diumumkan Pusat Pelancaran Satelit Xichang pada pukul 2.21 pagi tadi.
Setakat ini, sebanyak 129 kali peninjauan terhadap bulan di dunia selain Chang'e-3. Antaranya, 59 kali dilakukan oleh Amerika Syarikat, 64 kali oleh bekas Kesatuan Soviet, Jepun dan China masing-masing dua kali, Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) dan India masing-masing satu kali. Antaranya 66 kali berjaya, dan 63 kali mengalami kegagalan.
Kini, hanya AS dan Kesatuan Soviet berjaya mendarat di permukaan bulan sebanyak 13 kali. Apabila Chang'e-3 berjaya, China akan menjadi negara ketiga yang mendarat di bulan.