Pertumbuhan ekonomi China akan mencatat kadar yang sederhana tinggi namun kadar keefisienan semakin tinggi. Demikian dinyatakan dalam kertas biru ekonomi yang dikeluarkan oleh Akademi Sains Sosial China baru-baru ini.
Menurut kertas biru itu, China akan terus meningkatkan permintaan domestik dan memperkasakan usaha inovasi di samping mengekalkan pertumbuhan pelaburan pada tahap yang munasabah pada tahun 2014. Selain itu, peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bukanlah satu-satunya indeks penilaian hasil pembangunan di sesuatu tempat.
Kertas biru itu membuat unjuran bahawa kadar pertumbuhan KDNK China akan mencatat kira-kira 7.5% pada tahun 2014.