Cari:
China, ROK Bantah Provokasi Jepun
2013-12-13 11:52:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Republik Korea (ROK) mengeluarkan bantahan keras terhadap tindakan Jepun memuat naik satu video dalam Internet yang menuntut kedaulatan terhadap Pulau Dokdo (dikenali sebagai Takeshima di Jepun).

Kementerian Luar Jepun dilaporkan menerbitkan video berhubung isu Pulau Dokdo di laman sesawangnya pada 11 Desember lalu. Video itu menggunakan pelbagai jenis bahasa termasuk bahasa Korea, Mandarin, Perancis, Sepanyol dan Arab. Jurucakap Kementerian Luar ROK, Cho Tae-young menyifatkan video itu sebagai provokasi dan curiga terhadap keikhlasan Jepun untuk memperbaiki hubungan dengan ROK.

Rakaman video yang diterbitkan Kementerian Luar Jepun turut membabitkan Pulau Diaoyu. Jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam menggesa Jepun menghentikan segala provokasi dan menerima hakikat sejarah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China