Cari:
Negara G20 Tambah Sekatan Perdagangan
2013-12-19 14:51:04 CRI Cetak

Negara anggota Kumpulan 20 (G20) telah mengambil lebih banyak langkah sekatan perdagangan dalam tempoh enam bulan yang lalu. Ini terkandung dalam Laporan Langkah Perdagangan G20 pada pertengahan bulan Mei hingga pertengahan bulan November lalu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) semalam.

Laporan itu menyatakan bahawa dalam tempoh tersebut, anggota G20 telah melaksanakan 116 sekatan perdagangan baharu, terutamanya bantuan perdagangan, siasatan antilambakan, peningkatan tarif dan prosedur kastam yang lebih ketat. Namun dalam laporan pemantauan bagi tempoh pertengahan bulan Oktober 2012 hingga pertengahan bulan Mei tahun ini, hanya 109 sekatan dilakukan.

Laporan itu turut menyatakan bahawa langkah kemudahan perdagangan yang diambil anggota G20 berkurangan dalam tempoh enam bulan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China