Presiden Palestin, Mahmoud Abbas yang melawat ke Mesir telah mengadakan perbincangan dengan ketua jabatan perisikan Mesir dan presiden sementara Mesir di samping menghadiri mesyuarat tergempar menteri luar Liga Arab untuk membincangkan kemajuan terkini rundingan damai Palestin-Israel.
Dalam mesyuarat tersebut, Abbas menegaskan bahawa kerajaan Israel terus membina pusat penempatan orang Yahudi semasa berunding dengan pihak Palestin. Ini bermakna pihak berkuasa Israel tiada keikhlasan untuk merundingkan proses damai.
Ketika menyentuh "rancangan keselamatan" yang dikemukakan oleh A.S., Abbas menyatakan bahawa Palestin tegas menolak penyelesaian masalah Palestin melalui "kaedah peralihan" atau "secara berperingkat-peringkat". Sebaliknya Palestin menuntut untuk meluluskan rancangan penyelesaian secara menyeluruh tentang isu status muktamad Palestin menjelang bulan April tahun depan.