Cari:
Perutusan Tahun Baharu Presiden China Xi Jinping
2013-12-31 18:41:38 CRI Cetak

Sempena ketibaan tahun baharu 2014, Presiden China, Xi Jinping telah mengeluarkan perutusan khas melalui Radio Antarabangsa China (CRI), Radio Nasional China (CNR) dan Televisyen Pusat China (CCTV). Perutusan khas Presiden Xi seperti berikut:

Tuan-tuan, puan-puan, rakan seperjuangan dan rakan taulan sekalian,

Kita akan menyambut tahun baharu 2014 dengan penuh harapan.

Tahun baharu menandakan titik permulaan baharu bagi dunia. Di sini, saya ingin menyampaikan harapan yang baik kepada rakyat pelbagai kaum di seluruh negara, saudara setanah air dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadibran Khas Macao, Taiwan serta perantau China di seberang laut dan sahabat-sahabat di seluruh dunia!

Semoga warga emas sihat walafiat, kanak-kanak selalu gembira dan setiap keluarga hidup bahagia!

Pada detik ini, ramai pekerja, petani, cendekiawan dan penjawat awam tetap menjalankan tugasan mereka. Terdapat ramai saudara setanah air yang masih bekerja di pelbagai tempat di dunia, dan ramai juga anggota tentera dan polis yang sedang melaksanakan misi mereka.

Antara mereka ada yang berada di seberang laut dan tidak dapat bertemu dengan anggota keluarga.

Saya mewakili tanah air dan rakyat menyampaikan salam yang tulus ikhlas kepada mereka. Semoga mereka hidup dengan bahagia dan bekerja dengan lancar.

Tahun 2013 merupakan tahun yang gemilang bagi China dan rakyat negara ini. Kita telah bersama-sama mengatasi pelbagai kesukaran dan cabaran serta mencapai kejayaan yang amat cemerlang.

Kejayaan yang tidak mudah dicapai ini hasil usaha bersama kita. Saya ingin mengucapkan terima kasih dengan ikhlas kepada anda semua.

Pada tahun 2013, kita telah merancang usaha memperincikan pembaharuan secara menyeluruh, serta merangka cetakan biru pembangunan negara pada masa hadapan.

Pada tahun 2014, kita akan mengorak langkah baharu dalam usaha pembaharuan ini.

Matlamat asas usaha pembaharuan ini adalah untuk menjadikan negara lebih makmur, mewujudkan masyarakat yang lebih saksama dan adil serta memberi kehidupan yang lebih baik kepada rakyat.

Perjuangan ini memerlukan usaha gigih kita bersama.

Apa tambangnya, itulah tumbuhnya. Dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, kita telah memperoleh kejayaan yang cemerlang. Saya yakin rakyat China pasti akan mencapai kecemerlangan yang baharu.

Alam semesta yang luas terbentang mempunyai planet yang tidak terbilang banyaknya.

Lebih tujuh bilion manusia yang hidup bersama di bumi ini harus saling membantu dan bekerjasama demi pembangunan bersama.

Rakyat China sedang berjuang untuk merealisasikan "Impian China" yang menyasarkan kebangkitan bangsa. Semoga rakyat pelbagai negara juga dapat merealisasikan impian masing-masing.

Saya dengan tulus ikhlas berharap rakyat pelbagai negara di dunia dapat saling memahami dan saling membantu dalam usaha mewujudkan impian masing-masing, dan berusaha menjadikan bumi ini kampung halaman bersama yang penuh berkat.

Kehidupan sentiasa penuh dengan harapan. Kejayaan sentiasa dicapai oleh mereka yang tabah dalam perjuangan.

Dalam laluan menuju ke hadapan, kita bakal berdepan dengan pelbagai risiko dan cabaran. Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan bagi memberikan kehidupan yang lebih bahagia kepada rakyat.

Kita perlu meneruskan perjuangan dengan gigih serta sikap merendah diri dan berhati-hati bagi membuka lembaran baharu pembanungan negara.

Terima kasih.


Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China