Cari:
Isyarat Positif Kerjasama Angkasa Lepas China-AS
2014-01-10 14:52:56 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China bersedia mengadakan kerjasama dengan AS dan negara-negara lain dalam bidang angkasa lepas. Demikian kata Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas Negara, Xu Dazhe semasa Forum Penjelajahan Angkasa Lepas Antarabangsa ke-2 anjuran Jabatan Negara AS baru-baru ini.

Xu berkata, China mengekalkan prinsip penggunaan angkasa lepas bagi tujuan damai dan menentang perlumbaan senjata di ruang angkasa lepas. China bersedia mempererat kerjasama ini dengan pelbagai negara berdasarkan prinsip saksama dan saling menguntungkan.

Beliau turut menyifatkan undangan AS kepada China untuk menghadiri forum tersebut sebagai isyarat positif bagi kerjasama angkasa lepas antara kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China