Forum Kewangan Asia ke-7 dirasmikan di Hong Kong hari ini. Seramai lebih 2,400 peserta dari pelbagai negara termasuk pegawai kewangan, tokoh-tokoh sektor kewangan, usahawan dan sarjana akan bersama-sama menganalisis situasi terkini pasaran pelbagai tempat, terutamanya peranan Asia dalam usaha pemulihan ekonomi global dan peluang pembangunan Asia. Forum yang bertemakan "Asia: menerajui pertumbuhan dunia" akan ditutup esok.