China merancang menyiapkan stesen angkasa lepas pertama pada tahun 2020. Pada masa itu, tempoh persinggahan angkasawan China di angkasa lepas dapat dipanjangkan hingga lebih 180 hari.
Demikian dimaklumkan oleh Naib Pereka Bentuk projek penerbangan angkasa lepas pembawa angkasawan China, Chen Shanguang semalam.
Menurut beliau, setelah stesen tersebut siap dibina, orang ramai berpeluang menikmati pelancongan angkasa lepas. Syarat kesihatan para pelancong tidak begitu ketat seperti angkasawan. Mereka yang disahkan tidak menghidap penyakit jantung dan darah tinggi boleh melawat ke angkasa lepas.