Pemimpin Jepun menutup pintu dialog dengan pemimpin China dengan perbuatannya sendiri. Jepun dikehendaki menerima hakikat dan belajar dari sejarah bagi memulihkan hubungan dengan negara jiran di Asia.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Qin Gang dalam sidang media semalam.
Berhubung kenyataan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam Forum Ekonomi Dunia di Davos bahawa dialog antara satu sama lain perlu diadakan tanpa prasyarat, dan tidak patut ditolak dengan alasan wujudnya sesuatu masalah, Qin Gang berkata, pemimpin Jepun sendiri menutup pintu dialog. Apa yang perlu dilakukannya adalah mengakui kesalahan dan menyediakan syarat membaiki hubungan bilateral dengan tindakannya sendiri.








