Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan tindakan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mempertahankan pemujaannya ke Yasukuni Jinja semasa Sidang Davos di Montreux, Switzerland semalam umpama pepatah dalam bahasa Mandarin yang berbunyi "semakin ditutup, makin ketara".
Tindakan Abe itu hanya membuktikan dia tetap berpegang pada hakikat sejarah salah yang mencabul kemanusiaan dan nurani masyarakat antarabangsa. Hingga kini, Yasukuni Jinja tetap lambang yang mengagungkan pencerobohan Jepun manakala Perang Pasifik yang dilancarkan Jepun dianggap tindakan mempertahankan diri. Bagi Jepun hukuman oleh Mahkamah Ketenteraan Antarabangsa Timur Jauh bukan sahaja salah malah menyembah 14 orang penjenayah utama Perang Dunia Kedua.
Wang Yi berkata, hasrat Abe jelas, iaitu memutar belit sejarah pencerobohan negara tersebut.








