
China menyelar kenyataan Presiden baharu Persatuan Penyiaran Jepun (NHK), Katsuto Momii dalam sidang akhbar pada 25 Januari lalu yang mendakwa hamba seks terdapat di setiap negara yang pernah mengalami peperangan.
Kenyataan keras itu dibuat melalui jurucakap Kementerian Luar China Qin Gang semalam.
Beliau berkata, berhambaan seks di negara-negara yang dicerobohi tentera Jepun merupakan jenayah terhadap manusia yang paling serius dalam beberapa perang pencerobohan oleh negara itu.
Penderitaan fizikal dan rohani mangsa belum sembuh hingga kini. China menggesa Jepun menyelesaikan pelbagai masalah tinggalan sejarah dengan baik bagi memulihkan keyakinan negara jiran di Asia dan dunia.








